SEOUL – Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam “aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan,” lapor agensi berita Yonhap.
“Undang-undang tentera ini bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara dan melindungi kestabilan perlembagaan berteraskan kebebasan,” kata Yoon dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Langkah ini diambil selepas Parti Demokratik pembangkang meluluskan rang undang-undang belanjawan berskala kecil dalam jawatankuasa belanjawan parlimen, selain mengemukakan usul pendakwaan terhadap seorang juruaudit negara dan ketua pendakwa raya. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252