BERITA UTAMA
'Padah besar menanti jika tebusan masih ditahan' - Trump

‘Padah besar menanti jika tebusan masih ditahan’ – Trump

BAKAL Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran padah buruk menanti Asia Barat jika tebusan masih ditahan di Gaza sebelum beliau memasuki White House pada 20 Januari ini.

Menerusi hantaran di Truth Social, beliau turut menyifatkan tindakan menahan tebusan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Tambahnya, mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman lebih berat daripada sesiapa yang pernah dikenakan hukuman dalam sejarah panjang AS.

Kenyataan berkenaan tebusan itu dikeluarkan Trump buat pertama kali sejak beliau dipilih rakyat AS pada Pilihan Raya Presiden 5 November lalu.

Kenyataan juga menyusul ketika mana jumlah keseluruhan kematian di Gaza sejak tahun lalu menghampiri kepada 44,300 orang.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *