BERITA UTAMA
Pertemuan pimpinan Putra - HTM Hizbut Tahrir Malaysia, bincang isu semasa umat Islam dan negara

Putra Selangor desak menteri dan timbalan turun padang tinjau kerosakan jalan Pelabuhan Klang

KLANG – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Selangor mendesak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri menyelesaikan segera masalah jalan rosak di Pelabuhan Klang, dekat sini.

Pada masa sama, parti itu mahu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengeluarkan arahan segera kepada JKR Selangor turun padang melihat keadaan jalan raya yang rosak teruk sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pemilik pelbagai kenderaan.

Ketua Penerangan Putra negeri, Mohamed Shahrin Ismail berkata, kerosakan yang teruk melibatkan jalan utama keluar masuk sekitar Pelabuhan Klang terutama kawasan Bandar Suleiman.

“Keadaan ini amat memalukan imej Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan ke-11 utama dunia.

“Kerosakan jalan raya yang berlubang besar di laluan kiri dan kanan mengundang kecelakaan bagi pengguna yang melibatkan 45,000 penduduk sekitar.

“Kerja membaik pulih sendi renggang, sambungan pengembangan, kerja penggantian pagar pembatas perlu dibuat segera untuk mengelakkan dari kerosakan teruk akibat setiap hari dilalui kenderaan berat seperti lori kontena yang keluar masuk ke Pelabuhan Klang,” katanya dalam kenyataan kepada media, di sini hari ini.

Katanya, Putra Selangor kesal tindakan sikap tidak sensitif JKR negeri dengan aduan dan desakan penduduk Pelabuhan Klang, termasuk ADUN kawasan itu, Azmizan Zaman Huri turun padang serta berkali-kali mendesak agar masalah itu diselesaikan.

Menurut Mohamed Shahrin, walaupun ada usaha dilakukan JKR negeri pada 18 November lalu, tetapi tidak secara menyeluruh, hanya melibatkan jalan Pelabuhan Utara dari Klang Container Terminal (KCT) ke North Point sahaja.

“Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Maslan wajar turun padang melihat sendiri kerosakan sekitar Pelabuhan Klang yang telah meragut nyawa dan menimbulkan keresahan penduduk tempatan.

“Menerusi siaran Agenda Awani pada 4 Mac lalu, kenyataan menteri “Jangan tunggu viral baru bertindak” tidak memberi kesan kepada jabatannya sendiri.

“Isu ini telah banyak kali dinaikkan sehingga ada yang hendak mogok di sekitar Bandar Suleiman atas sikap acuh tidak acuh pihak berkenaan dalam usaha menaiktaraf jalan raya yang mengundang kecelakaan dan kemalangan maut,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *