BERITA UTAMA
Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan 'Man-Yi'

Jabatan Meteorologi keluar nasihat taufan ‘Man-Yi’

KOTA KINABALU – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat taufan ‘Man-Yi’ yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/jam) dan kelajuan angin maksimum 120km/j.

Dalam kenyataan hari ini METMalaysia berkata kedudukan taufan itu pada latitud 18.1 Utara dan longitud 118.3 Timur, kira-kira 229 km ke barat laut Vigan City, Filipina, dan jarak 1,257 km ke timur laut Kudat, Sabah.

METMalaysia menjangka taufan itu tidak memberi kesan signifikan di Malaysia. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *