A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama

A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump, susulan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.

Dalam hantaran di media sosial, Anwar berkata kemenangan itu bakal membawa lembaran baharu dalam hubungan kerjasama antara dua negara, selain menyemarakkan lagi penglibatan AS dalam kerjasama di rantau Asia Tenggara.

Anwar turut meluahkan harapan agar AS dapat menggunakan pengaruh mereka untuk menamatkan konflik dan pertumpahan darah di Palestin dan Ukraine.

“Amerika Syarikat kekal sebagai sumber pelaburan asing terbesar Malaysia dan pemain penting di rantau Asia-Pasifik.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berharap Amerika akan menyemarakkan lagi penglibatannya dengan Asia Tenggara.

“Kami juga menggesa AS untuk menggunakan pengaruhnya yang besar untuk membantu menamatkan keganasan dan kehilangan nyawa di Palestin dan Ukraine,” kata Anwar.

Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.

Trump memerlukan hanya satu lagi negeri untuk diumumkan secara rasmi sebagai pemenang apabila memperoleh 270 undi pilihan raya yang diperlukan, sekali gus melayakannya kembali semula ke Rumah Putih.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *