Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala

Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala

TEL AVIV – Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat “kecederaan otak traumatik yang teruk” selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.

Dr Chen Kugel dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan di Tel Aviv berkata, beliau menemui kecederaan “daripada sumber lain” pada Yahya termasuk kecederaan pada lengan kanan akibat “tembakan peluru berpandu,” kaki kiri yang cedera akibat “binaan runtuh,” dan kecederaan serpihan pada tubuhnya.

“Mereka menyebabkan kerosakan yang teruk, tetapi punca kematian adalah luka tembakan di kepala,” katanya kepada CNN.

Tentera Israel sebelum ini berkata, pemimpin Hamas itu terbunuh apabila bangunan tempat beliau bersembunyi di Rafah diserang dengan “tembakan kereta kebal.”

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rejim Zionis juga menegaskan, mereka berbalas tembakan sebelum bangunan itu disasarkan. – CNN

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *