Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak hanya dalam padang sahaja

Sultan Selangor, TMJ setuju perseteruan bola sepak hanya dalam padang sahaja

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, HRH Crown Prince of Johor, Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail berkongsi pendapat mengenai perpaduan dalam kalangan rakyat.

Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak yang mana Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja.

“Sultan Selangor dan Pemangku Sultan Johor berkongsi pendapat tentang perpaduan dalam kalangan rakyat, profesionalisme di Malaysia dan kepentingan penyatuan Institusi Diraja untuk berkhidmat sebagai sebuah simbol negara.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Turut dibincangkan adalah perkara berkaitan bola sepak, khususnya Sultan Sharafuddin dan Tunku Mahkota Ismail bersetuju bahawa semua pihak perlu memastikan perseteruan bola sepak kekal di dalam padang sahaja dan wujudnya perasaan saling hormat-menghormati serta perpaduan di luar padang,” kata kenyataan itu. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *