Pangkalan tentera Israel berjaya diserang - Hezbollah

Pangkalan tentera Israel berjaya diserang – Hezbollah

SEORANG pegawai kanan Hezbollah memberitahu Al Jazeera, serangan peluru berpandu yang dilancarkan Iran disifatkan sebagai berjaya dan beberapa pangkalan tentera Israel telah diserang seperti yang dirancang.

Pegawai yang enggan namanya disiarkan berkata, kadar pemintasan oleh sistem pertahanan peluru berpandu Israel adalah “lemah” serta menegaskan, terdapat sejumlah tentera Israel yang terkorban dalam serangan itu.

Angkatan Pertahanan Israel sering menapis maklumat berhubung sebarang kerosakan yang berlaku pada fasiliti mereka.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menegaskan, tiga pangkalan tentera Tel Aviv menjadi sasaran serangan peluru berpandu balistik Iran itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Serangan itu, disertai dengan serangan siber berskala besar, juga menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik Fatah baharu Iran buat kali pertama, menurut media negara Iran.

Pada Selasa, Iran dilaporkan melancarkan 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel sebagai tindak balas terhadap serangan zionis terhadap sekutunya, Hezbollah di Lubnan.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *