Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan

Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan

SEREMBAN – Perjalanan pulang empat beranak berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki merempuh tembok jambatan di Kilometer 21 Jalan Kuala Pilah-Tampin semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Gani berkata dalam kejadian pada 3.45 petang itu, mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu, 62 tahun dan anak perempuan, 28 tahun, hanya mengalami kecederaan.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa dalam perjalanan pulang menghantar anaknya yang lain ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lendu, Melaka dan sedang menghala ke Johol.

“Sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tembok jambatan berdekatan Masjid Jamek Pekan Johol,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata akibat perlanggaran tersebut, pemandu dan penumpang belakang disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi tercedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Kes disiasat di bawah Seksyen (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. – BERNAMA

 Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *