Selamat tinggal Ri Ri, Shin Shin

Tokyo: Ribuan peminat berpusu-pusu ke zoo di Tokyo bagi mengucapkan selamat tinggal kepada sepasang panda Ri Ri dan Shin Shin sebelum ia dihantar kembali ke China.

Kebanyakan pengunjung hadir dengan memakai baju-T sukan, topi dan payung yang menampilkan wajah panda.

Ada yang mengalirkan air mata, mengambil swafoto dan bersemangat melambai ke arah Ri Ri dan Shin Shin pada hari kedua pasangan panda itu di Taman Zoologi Ueno Tokyo.

Lebih 2,000 pencinta panda beratur panjang di luar zoo pada pagi Sabtu, malah ada yang menghabiskan sepanjang malam di sana dengan berkelah dan kerusi perkhemahan.

Mayuko Sumida, 44, yang berkata, dia tiba sekitar jam 10 malam pada Jumaat sambil membawa cincin kunci berbentuk panda miliknya.

“Saya terharu. Mereka adalah duo terbaik yang membawa keselesaan dan senyuman kepada saya,” katanya.

Seorang lagi pengunjung Machiko Seki berkata, Ri Ri dan Shin Shin seperti matahari serta sentiasa memberi sokongan emosi.

“Apabila saya melihat senyuman mereka, apa yang merisaukan saya hilang begitu sahaja. Saya lebih berterima kasih kepada mereka,” kata wanita berusia 50-an itu sambil menitiskan air mata.

Mamalia itu sangat popular di seluruh dunia dan China meminjamkannya kepada zoo di negara lain sebagai sebahagian daripada program diplomasi panda untuk memupuk hubungan asing.

Ri Ri dan Shin Shin tiba di Zoo Ueno pada 2011 dan dijangka tinggal di situ sehingga Februari 2026, tetapi Jepun dan China bersetuju adalah lebih baik untuk panda berusia 19 tahun itu pulang ke negara asal berikutan kesihatan mereka yang semakin merosot.

Pada 28 September, langkah kawalan ketat dilaksanakan pihak zoo ke atas orang ramai dengan memberi mereka hanya beberapa minit untuk mengambil gambar pasangan itu melalui kaca.- AFP

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *