Fatwa lama terhadap gerakan Al-Arqam masih relevan

Kota Bharu: Fatwa mengenai ajaran sesat terhadap gerakan Al-Arqam sebelum ini masih relevan untuk diguna pakai jika terbukti perkara sama berlaku dalam GISB Holdings (GISBH).

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tiada keperluan untuk mewujudkan fatwa baharu kecuali dikesan terdapat elemen lain oleh pihak berkuasa, lapor Harian Metro.

“Kita sudah keluarkan fatwa dulu masa Al-Arqam dan masih lagi relevan sebab (GISBH) adalah sebahagian (perkaitan kedua-dua gerakan), cuma hal lain itu, kita tak tahu.

“Kalau dari segi fatwa kita sudah buat, maknanya tak boleh keluarkan fatwa baharu kecuali ada diketemui elemen baharu dengan bantuan PDRM ke apa-apa pihak lain, jadi akan buat fatwa lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Istiadat Pengurniaan Penghormatan Kebesaran Kelantan Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-55 di Istana Balai Besar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebarang keputusan selepas perbincangan di peringkat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) tidak boleh dihebahkan selagi tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

“Kita sekadar muzakarah dan apa-apa keputusan dari muzakarah ini tak boleh dihebahkan kecuali mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, jadi tunggu keputusan Majlis Raja-raja,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *