Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera

Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera

GAZA – Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin dan 58 lagi cedera, menurut laporan perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 41,431 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 95,818 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan-jalan di kawasan konflik, kerana pasukan penjajah Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *