Kedah, Sri Pahang kongsi mata di Alor Setar

Kedah, Sri Pahang kongsi mata di Alor Setar

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus kempunan untuk bangkit daripada kekecewaan apabila terikat 2-2 dengan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.

Pada aksi itu, kedua-dua pasukan terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua sebelum masing-masing berjaya menjaringkan gol.

Sri Pahang terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila membuka tirai jaringan menerusi Sergio Aguero yang menolak masuk bola pada minit ke-51 hasil hantaran Kpah Sherman.

Selang enam minit kemudian, Stadium Darul Aman kembali gamat dengan sorakan apabila Kedah berjaya bangkit menyamakan kedudukan melalui rembatan rendah Halim Saari hasil hantaran daripada Sony Norde.

Giliran Kedah berada di depan apabila pemain sayap Sukhrob Nurulloev berjaya meledak gol pasukan itu pada minit ke-63 melalui gerakan solo dan disusuli rembatan kaki kirinya yang berjaya menerjah jaring gawang Sri Pahang

Tersentak denga jaringan itu, Sri Pahang kembali memperkemaskan jentera serangan mereka dan berjaya menghasilkan gol penyamaan yang dijaringkan Kpah Sherman pada minit ke-78 sekali gus memastikan pasukan itu membawa pulang satu mata.

Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang ketika ini berada di kedudukan keenam carta liga dengan 11 mata manakala Kedah yang mengumpul sembilan mata di tangga ke-10.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *