BERITA UTAMA
Polis serbu tiga rumah keluarga CEO GISB di Kelantan

Polis serbu tiga rumah keluarga CEO GISB di Kelantan

KOTA BHARU – Polis Kelantan hari ini menyerbu tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di Kampung Panji, di sini.

Serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan itu, bermula jam 6.30 pagi tadi dan berakhir kira-kira jam 9 pagi.

Wartawan Bernama yang turut menyertai operasi terbabit mendapati kira-kira 30 penghuni termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak mendiami tiga kediaman itu.

Polis turut merampas pelbagai jenis buku dan dokumen berkaitan GISB yang ditanam di tepi pinggir sungai, selain ada yang turut dibakar.

Bernama difahamkan rumah berkenaan menjadi tempat menginap ahli GISB sejak puluhan tahun, dengan penghuni yang bertukar ganti.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi memaklumkan operasi hari ini diadakan secara besar-besaran di beberapa negeri termasuk Kelantan.

Beliau berkata, perincian mengenai operasi itu akan diberikan dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *