Real Madrid tunggu di final Piala Antara Benua

Real Madrid tunggu di final Piala Antara Benua

ZURICH – Edisi pertama Piala Antara Benua FIFA buat kelab di seluruh dunia akan mempunyai lima perlawanan, dengan juara Eropah, Real Madrid akan bermain pada final di Doha 18 Disember ini, menurut badan induk bola sepak dunia semalam.

Kejohanan itu, yang diumumkan pada Disember tahun lalu, menggantikan pertandingan tahunan Piala Dunia Kelab yang kini akan dilangsungkan setiap empat tahun sekali dengan 32 pasukan bermula tahun 2025.

Pemenang Liga Juara-Juara Asia, Al-Ain akan memulakan kejohanan melayan kunjungan pemenang Liga Juara-Juara Oceania, Auckland City pada 22 September bagi play-off Afrika-Asia-Pasifik, dengan pemenang akan menentang juara Liga Juara-Juara Afrika, Al-Ahly di Kaherah pada 29 Oktober.

Dua perlawanan pertama diadakan di gelanggang pasukan dengan ranking lebih tinggi, membolehkan warga tempatan menyaksikan kelab mereka beraksi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Aksi kemudian beralih ke Doha, Qatar, yang mana pemenang Copa Libertadores bertemu kelab Mexico, Pachuca, juara Piala Juara-Juara CONCACAF, pada 11 Disember ini – perlawanan yang dianggap FIFA sebagai “Derby of the Americas.”

Pemenang dua perlawanan ini akan bertemu sesama sendiri bagi merebut Piala Cabaran tiga hari kemudian sekali gus meraih tempat ke final Piala Antara Benua menentang Real Madrid pada 18 Disember.

Hari itu disambut sebagai Hari Kebangsaan Qatar dan juga menandakan genap ulang tahun kedua final Piala Dunia 2022 apabila Argentina mengalahkan Perancis. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *