BERITA UTAMA
Samaiden Tutup TK2024 Dengan Rekod Hasil RM227.2 Juta dan RM21.9 Juta dalam PBT

Kerjasama Samaiden dan MCS Perluas Perniagaan RE di Indonesia

PETALING JAYA – Samaiden SG Pte Ltd, anak syarikat Samaiden Group Bhd memeterai Perjanjian Usahasama dan Pemegang Saham (JVA) dengan PT MCS Bina Energi (MCS) untuk menubuhkan sebuah syarikat usahasama di Indonesia dengan memegang 70 peratus kepentingan di dalam kerjasama itu.

Syarikat usaha sama itu ditubuhkan dengan modal dibenarkan sebanyak IDR 10 bilion (kira-kira RM 2.8 juta) manakala MCS akan memiliki baki 30 peratus.

Pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) akan tertumpu terutamanya pada penyediaan khidmat nasihat teknikal, memanfaatkan pengetahuannya yang mendalam dalam sistem solar photovoltaic (PV) solar dan tenaga diperbaharui (RE), manakala MCS akan menumpukan pada mengenal pasti peluang perniagaan tempatan dan menavigasi landskap kawal selia di Indonesia.

Perkongsian itu dijangka mengukuhkan kehadiran Samaiden dalam pasaran RE Asia Tenggara yang semakin berkembang.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Datuk Ir. Chow Pui Hee berkata, usahasama ini merupakan pencapaian penting dalam strategi pengembangan Samaiden di seluruh Asia Tenggara.

“Indonesia mempunyai komitmen kuat untuk membangunkan infrastruktur TBBnya sejajar dengan visi Samaiden untuk memacu penggunaan tenaga bersih di seluruh rantau ini.

“Kami percaya kerjasama ini akan meningkatkan lagi kapasiti kami untuk menyediakan lebih banyak penyelesaian TBB dan menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan kami dan peralihan tenaga hijau serantau,” katanya di sini, hari ini.

Rakan kongei Samaiden, PT MCS Bina Energi memberi tumpuan kepada sektor utama seperti infrastruktur asas, TBB dan sumber mineral.

Syarikat itu berkait rapat dengan Bintang Timur Investama, sebuah firmapelaburan terpelbagai yang terlibat secara aktif dalam sektorinfrastruktur, TBB dan teknologi.

Pui Hee menambah, usahasama ini mewakili langkah strategik untuk Samaiden kerana ia bertujuan untuk meneroka pasaran TBB yang pesat di Indonesia.

Katanya, syarikat usaha sama itu akan melaksanakan pelbagai inisiatif RE, termasuk pembangunan sistem PV suria, loji kuasa, dan projek RE bina-kendali-sendiri, di samping menawarkan perkhidmatan perundingan untuk RE.

Berikutan projek kumpulan berterusan sehingga 30 Jun lalu buku pesanan bertambah kukuh dengan RM313.52 juta dijangka menyumbang secara positif kepada kumpulan dalam beberapa tahun akan datang. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *