Posmen ‘ditelan’ lubang 10 meter

Posmen ‘ditelan’ lubang 10 meter

BANGKOK – Seorang posmen terjatuh ke dalam sebuah perigi terbiar sedalam hampir 10m pada tengah malam ketika masuk ke kawasan semak untuk membuang air kecil, lapor akhbar The Nation semalam.

Kejadian berlaku di Pattaya, Thailand.

Mangsa menghabiskan masa berjam-jam menjerit meminta tolong sehingga seorang penunggang motosikal yang lalu di tepi jalan terdengar jeritannya pada awal pagi.

Pada jam 9 pagi (waktu tempatan), sebuah unit penyelamat menerima maklumat bahawa terdapat individu terperangkap di dalam perigi. 

Sejurus tiba, anggota-anggota menyelamat menemui telaga terbiar pada jarak kira-kira 5m dari tepi jalan yang mempunyai kedalaman kira-kira 8m. Ia bersamaan dengan ketinggian bangunan dua hingga tiga tingkat. 

Mereka kemudian menemui Somwang Khonkaen, 40, dalam keadaan keletihan, tidak berbaju dan berdiri di dalam air setinggi paras dada setelah terperangkap hampir 8 jam.

Pasukan penyelamat menggunakan kren untuk menyelamatkan lelaki itu sebelum mengeluarkannya dalam masa kurang 10 minit. 

Dia kemudian diberi pertolongan cemas sebelum dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan. 

Menurut Somwang, dia tidak menyedari terdapat lubang perigi itu, yang menyebabkannya terjatuh selepas turun daripada motosikal untuk membuang air kecil. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *