PUTRAJAYA – Pengurusan tertinggi perkhidmatan awam akan menyaksikan perubahan penempatan dan pelantikan baharu melibatkan sembilan Ketua Setiausaha (KSU) akan ditukarkan ke kementerian lain.
Pertukaran itu akan berkuat kuasa esok dan 23 September ini.
Selain sembilan KSU, pelantikan baharu turut melibatkan seorang Timbalan Ketua Setiausaha dan dua Ketua Pengarah.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan, perubahan penempatan dan pelantikan baharu itu dilakukan seiring dengan hasrat untuk melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.
Katanya, ia menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam.
Menurut Shamsul Azri, perubahan itu bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ia juga adalah manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip #taatsetia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada raja dan negara dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikut perubahan penempatan dan pelantikan baharu jawatan tertinggi perkhidmatan awam:
Datuk Lokman Hakim Ali – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bertukar dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (berkuat kuasa 23 September)
Datuk Seri Isham Ishak – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertukar dari Kementerian Pertahanan (berkuat kuasa 23 September)
Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Kementerian Setiausaha Kementerian Perpaduan, bertukar dari Kementerian Kerja Raya (berkuat kuasa 5 September)
Datuk Seri Suriani Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, bertukar dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (berkuat kuasa 5 September)
Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, bertukar dari Kementerian Dalam Negeri (berkuat kuasa 5 September)
Datuk Azman Mohd Yusoff – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia bertukar dari Kementerian Perpaduan Negara (nerkuat kuasa 5 September)
Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bertukar dari Kementerian Sumber Manusia (berkuat kuasa 5 September)
Datuk Awang Alik Jeman – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, dinaikkan pangkat daripada jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) (berkuat kuasa 5 September)
Datuk Abd Shukor Mahmood – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM bertukar daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM (berkuat kuasa 5 September)
Datuk Nik Nazarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM (berkuat kuasa 5 September)
Datuk Seri Azman Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (berkuat kuasa 5 September)
Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), JPM (berkuat kuasa 5 September). – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252