JOHOR BAHRU: Treler bawa tiang konkrit tertanggal sebelum terbalik di Kilometer 10.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan di sini semalam.
Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata kejadian pada jam 2.35 petang menyebabkan muatan konkrit jatuh di jalan.
Kejadian berkenaan tular di sebuah akaun Facebook (fb) komuniti setempat selain laporan polis diterima pada 5.34 petang.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang membawa muatan batu konkrit panjang tertanggal dan terbalik di lorong kiri jalan.
“Keadaan itu menyebabkan muatan batu konkrit itu menghalang lorong sebelah kiri jalan dan hanya lorong kanan boleh digunakan kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kejadian disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252