BERITA UTAMA

3 treler simpan 58,000 liter minyak sawit dirampas tapi tiada individu ditahan

JOHOR BAHRU: Polis merampas tiga treler yang tidak mempunyai nombor pendaftaran berisi 58,000 liter minyak sawit mentah bernilai RM220,500 dalam Op Taring Palma, di sebuah premis di Permas Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata rampasan minyak sawit jenis ‘crude palm oil’ itu dilakukan dalam serbuan membabitkan pegawai dan anggota daripada Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman dan pegawai penguat kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), antara 12.30 tengah malam hingga 10.18 pagi.

“Selain tiga treler yang dijadikan tempat penyimpanan minyak sawit mentah, masing-masing sebanyak 10,000, 43,000 dan 5,000 liter, turut dirampas satu unit mesin pam jenama Honda GX160 dan satu unit pam jenama Asahi berserta hos.

“Juga dirampas dua menara dandang, satu foklif jenis Toyota 25, satu alat penimbang industri 100 tan dan satu lori jenis Hino 40 tan dan jumlah rampasan ialah RM465,111.20,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tiada tangkapan dilakukan memandangkan tiada suspek di lokasi dan kes disiasat di bawah Seksyen 78 Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582) kerana mengalih dan menyimpan minyak sawit tanpa lesen. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *