Enam lelaki termasuk pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah

Enam lelaki termasuk pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah

KOTA BHARU – Seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan antara enam lelaki direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman terhadap semua lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, semua mereka ditahan di pejabat SPRM di sini antara jam 2 hingga 5 petang selepas mereka hadir memberi keterangan.

Difahamkan mereka disyaki meminta dan menerima suapan secara bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi seperti minyak serta barangan seludup lain termasuk rokok. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *