PETALING JAYA – Polis akan memantau individu cuba menimbulkan provokasi di media sosial menjelang perlawanan Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, ia antara langkah keselamatan dilakukan, selain kawalan 2,488 anggota di venue.
“Penyokong dan penonton diminta bersabar dan tidak menimbulkan sebarang provokasi di stadium. Polis akan buat kawalan sebelum, semasa dan selepas perlawanan.
Kita (polis) juga meminta orang ramai tidak kira penyokong JDT (Johor Darul Ta’zim) atau Selangor dan penyokong pasukan lain sekali pun, jangan timbulkan provokasi di media sosial. Kita akan memantaunya,” katanya menurut Harian Metro.
Sebelum ini, Rusdi dilaporkan menasihati orang ramai menjaga tatasusila dan tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekecohan sempena aksi final Piala FA antara Selangor FC dan JDT.
SNBJ yang boleh memuatkan lebih 80,000 penonton dijangka dipenuhi penyokong Red Giants dan Harimau Selatan dalam aksi final dianggap pertembungan epik dua pasukan. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252