BERITA UTAMA
Ibu Menteri Besar Kedah meninggal dunia

Ibu Menteri Besar Kedah meninggal dunia

ALOR SETAR – Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada Khamis.

Berita pemergian Meriam Ahmad, 74, disahkan pegawai Menteri Besar melalui pesanan WhatsApp kepada pemberita.

“Al-Fatihah. Bonda Menteri Besar Kedah, Meriam Ahmad, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.40 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah.

“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan di doakan semoga roh Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya.

Media difahamkan, urusan pengebumian dan solat jenazah dijangka disempurnakan selepas solat Asar di Masjid Sungai Pau, Sik.

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sejak Isnin.

Allahyarham Meriam ditidurkan sejak Isnin dipercayai akibat serangan jantung ketika di rumahnya, di Sik.

Muhammad Sanusi ketika dihubungi memaklumkan, ibunya dibawa ke Hospital Sik untuk pemeriksaan awal sebelum doktor memutuskan untuk memindahkan Meriam ke HSB pada hari yang sama. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *