Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai

Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli hari ini.

Lafaz cerai itu dibuat oleh Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh penyanyi itu dalam Instagram.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi yang juga seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul di Universiti Malaya dalam satu majlis pada 2021.

Sebelum ini, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Astro AWANI sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada penyanyi kelahiran Kelantan itu mengenai punca penceraian tersebut. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *