BERITA UTAMA
Hari Hol: Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Makam Diraja

Hari Hol: Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Makam Diraja

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar.

Berangkat sama, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, menurut satu hantaran dalam Facebook rasmi Seri Paduka Baginda.

Berangkat sama, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Datuk Dennis Muhammad Abdullah dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Hari Hol ialah hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *