GOMBAK – Seramai 25 individu terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Gombak, di sini tengah hari ini, lapor wartawan Astro Awani, Umavathi Ramayah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.41 tengah hari.
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bersama enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.
Setakat jam 5 petang ini, kata Ahmad Mukhlis, kerja membawa mangsa keluar masih lagi dijalankan.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252