BERITA UTAMA
Lelaki cedera parah diserang rakan akibat selisih faham

Lelaki cedera parah diserang rakan akibat selisih faham

TAMPIN – Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera parah pada beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya di sebuah rumah di Ayer Kuning Selatan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung insiden berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Beliau berkata susulan itu, seorang lelaki berumur 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Pergaduhan berpunca daripada selisih faham tentang urusan pekerjaan. Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian bahu, perut, kaki dan belakang badan. Mangsa kini menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tampin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *