Himpunan Pembebasan Palestin: Laungan "Bebaskan Palestin" bergema di Axiata Arena

Himpunan Pembebasan Palestin: Laungan “Bebaskan Palestin” bergema di Axiata Arena

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Bebaskan Palestin’ dan ‘Israel Bacul’ bergema di sekitar Axiata Arena, Bukit Jalil di sini apabila peserta mula tiba bagi menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin.

Pada 6.20 petang tadi, orang ramai yang hadir berpakaian serba putih sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin mula memenuhi segenap ruang di dalam Axiata Arena selepas dibenarkan masuk dengan terlebih dahulu perlu melalui pemeriksaan keselamatan.

Semangat solidariti peserta himpunan juga terserlah dengan masing-masing hadir membawa dan mengibarkan bendera Palestin dan Jalur Gemilang, selain pelbagai sepanduk tertera kata-kata sokongan dan doa buat mereka yang terkesan situasi di Gaza.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Himpunan Pembebasan Palestin antara lain bertujuan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin, bersama-sama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *