196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna - Polis

196 mangsa terjejas rumah roboh di Semporna – Polis

SEMPORNA – Seramai 196 mangsa membabitkan 30 keluarga terjejas selepas rumah atas air yang didiami mereka di Kampung Simunul Lorong 3 di sini, roboh pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, sebanyak 30 rumah roboh iaitu 28 buah membabitkan 190 mangsa tempatan, manakala dua lagi didiami enam warga asing.

“Kejadian berlaku pada jam 10.15 pagi bermula dengan dua rumah roboh disusuli rumah lain berikutan struktur yang dibina berdekatan dan bersambung antara satu sama lain,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada angin kuat dan ombak besar pada 8 Julai lalu, menyebabkan struktur dua rumah menjadi condong.

Selain itu, Mohd Farhan berkata, pihaknya turut menerima 33 laporan berhubung insiden itu dan kerugian dialami mangsa untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *