Tun M dibenar keluar IJN

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan batuk.

Lapor Bloomberg, seorang pembantu beliau, Sufi Yusoff berkata, kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti di rumah.’

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, lima hari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-99 tahun.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu memiliki sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.

Kali terakhir beliau mendapatkan rawatan di IJN adalah pada Januari lalu akibat masalah jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital itu pada Mac.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *