Siri Ke-28 (Siri Akhir): Harapan Pemegang Amanah, Pewaris Akhir Ilmu Hang Tuah (Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang)

Siri Ke-28 (Siri Akhir): Harapan Pemegang Amanah, Pewaris Akhir Ilmu Hang Tuah (CSWK)

CERITERA Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Merentas Zaman “Pewaris Akhir Ilmu dan Pemegang Amanah Hang Tuah” adalah gabungan sejarah lama dan pengalaman bersama Hang Tuah (Cik Siti Wan Kembang – CSWK) sendiri oleh saya (Kak Lah). Kejadian ini betul-betul realistik, bukan fantasi. “Nampak impossible, tetapi bukan dongeng”.

CSWK adalah nama gelaran kepada ilmu seorang wanita tunggal yang berketurunan Demang Lebar Daun.

Naskhah ceritera ini adalah satu wasiat yang diamanahkan kepada saya untuk ditunaikan segala persoalan yang tidak terungkai berkurun lamanya dengan segala dugaan dan cabaran yang bukan calang-calang untuk ditanggung oleh saya.

Namun, kerana ia merungkai pembongkaran kebenaran sejarah yang berkurun lamanya itu, maka pengkisahan ini akhirnya dapat direalisasikan dalam naskhah amanah Hang Tuah.

Sejarah sememangnya boleh diubah atau dipesongkan. Apa yang telah berlaku kepada Hang Jebat, dia sanggup menderhaka kepada sultan, mengamuk dalam istana dan kampung kerana disangka Tuah telah dibunuh angkara fitnah.

Sultan telah mengarahkan Dato’ Bendahara membunuh Hang Tuah, tetapi Hang Tuah telah berterus terang kepada Dato’ Bendahara bahawa beliau adalah seorang wanita dengan membuka baju menunjukkan fizikal tubuhnya.

Melihat perkara itu, Dato’ Bendahara tidak sanggup membunuhnya, maka diambil baju Hang Tuah diletakkan darah binatang untuk ditunjukkan kepada sultan sebagai bukti Hang Tuah telah ‘dibunuh’.

Inilah bukti taat setianya kepada sultan, mengikut perintah sultan, tetapi kerana kebenaran dan niat Hang Tuah untuk menegak dan menyebarkan agama Islam serta membina kesultanan tamadun Melayu, akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar.

Hang Jebat terlalu marah, dendam dan kecewa, maka dia telah mengamuk di balai istana dan membunuh dengan keris Taming Sari sesiapa sahaja yang lalu di depannya, termasuk orang kampung yang tidak berdosa. Perbuatannya itu diketahui Hang Tuah, yang kemudian memunculkan diri.

Hang Tuah ketika itu sangat kecewa, terperit dalam hatinya, hancur berkecai dalam jiwanya kerana tidak menyangka Hang Jebat sanggup melakukan pembunuhan seperti tidak sedarkan diri demi perasaan cinta dan kasih sayangnya kepada Hang Tuah. Sebenarnya, Hang Jebat telah jatuh hati kepada Tuah selepas mengetahui Tuah sebenarnya seorang perawan.

Inilah ujian paling tinggi harus diterima oleh Hang Tuah atas sumpah ilmunya kepada Allah sekiranya menderhaka dan membunuh tanpa belas kasihan.

Raja ibarat bayangan Tuhan pada ketika itu. Hang Tuah terpaksa menamatkan riwayat Jebat derhaka. Jebat terkorban demi cinta. Jebat bersumpah di depan Hang Tuah. “Melaka tidak akan ada sultan kerana sultan tidak adil”.

CSWK pernah bersumpah dengan Allah, sekiranya Allah mengembalikan semula kedua-dua tangannya yang dipotong atas doa seorang anak raja berketurunan darah Melayu asal iaitu keturunan Tamim. Tangannya telah dipotong ketika dalam tahanan Megat Panji Alam selama bertahun lamanya. Kemudian CSWK telah bersuluk di Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang. Bertahun kemudian, CSWK telah mengembara bertukar watak kepada laki-laki, seolah mati hidup semula. Inilah keturunan yang hilang demi menegakkan agama Islam.

Watak Hang Tuah ini, hatta berlaku di seluruh rantau pelosok jajahan rantauannya, sejarah telah terpahat dan berlaku tragedi pengorbanan kasih sayang, contoh seperti Puteri Gunung Ledang, Tun Teja, Hang Li Po dan lain-lain lagi.

Watak laki-laki pahlawan menyebabkan ramai wanita tergila-gilakan Hang Tuah. Inilah rahsia yang tidak terungkai dalam sejarah kisah jiwa dan hati Hang Tuah, memendam keadaan ini hanya dia dengan Allah demi menyebarkan, meletakkan, memahatkan agama Allah dan membina rumpun Melayu sebagai sebuah empayar kesultanan Alam Melayu.

Segala tragedi yang berlaku ditelan dengan akal, hati, jiwa dan kalbunya dengan penuh tabah meliputi zat Allah dan kedaulatannya. Apa saja yang berlaku walaupun pengorbanan hati, Tuah tetap menunaikan janji sumpahnya kepada Allah. Akhirnya Tuah mencampakkan keris Taming Sari yang memakan darah banyak manusia itu ke sungai.

Setiap titis darah yang terlekat di keris itu menyebabkan Hang Tuah bersumpah “sekiranya keris ini tidak timbul, aku akan terus menyepi dan mengembara”. Hang Tuan adalah anak raja keturunan Raja Sang Tawal yang ketika itu belum beragama Islam. Hang Tuah adalah dari keturunan Dewaraja (Buddha-Hindu).

CSWK I adalah gelarannya pada abad ke 1300M. CSWK dilahirkan (Adruja Wijayamala Singha). Baginda adalah wirawati yang dilupakan. Tanda-tanda dan bukti penghidupan Raja Perempuan ini sebagai pahlawan laki-laki di wilayah Pattani dan seluruh rantauan Langkasuka yang bermula dari Pattani hingga Melaka.

Sejarah telah membuktikan Raja Perempuan Kelantan pertama ini sangat hebat, bijaksana memerintah di waktu itu, 1310M. Baginya, tidak mencukupi untuk memperluaskan janjinya kepada Allah bagi menegakkan agama Allah iaitu Islam, maka dia berundur pada 1345M untuk meneruskan amanahnya kepada Allah, mohon doa wataknya ditukar kepada laki-laki.

Istilah ghaib tidak wujud. Sebenarnya Hang Tuah telah mengembara ke serata pelosok negara mencari diri, mencari ilmu Allah dan menyamar untuk menegakkan Islam atas keyakinan dan bukti terhadap dirinya serta sifat berterima kasih yang begitu kuat kepada sang pencipta. Maka, dia telah menggunakan sepenuhnya sembilan anggota dan empat sifat iaitu tanah, air, api dan angin, menjadikan insan manusia yang penuh berilmu pahlawan Melayu lambang warisan negara untuk dimanfaatkan kepada tanah airnya.

Itulah Hang Tuah. Membentuk empayar Kepulauan Alam Melayu, membina kesultanan Melayu dan meletakkan Islam sebagai agama yang utama di Tanah Melayu. Negara menjadikan Hang Tuah sebagai simbol bangsa Melayu dengan kata-kata, “Takkan Melayu Hilang di Dunia”.

Jelas terbukti, setiap yang hidup pasti akan mati, hatta melepas dan menghancurkan ilmu pusakanya sebagai penyucian diri di atas sifat wanitanya. Maka, dia terpaksa berkahwin untuk mengembalikan penyucian ini sebagai wanita biasa, tanpa membawa ilmu pahlawan, “ilmu dunia” yang tunggal sehingga kembali ke rahmatullah pada abad ke-20.

Lambang Orang Melayu

Kisah seorang wirawati, pahlawan yang dilupakan, sememangnya telah tergantung tidak bertali kerana ditamatkan kisah perjuangannya dengan nama gelarannya, Hang Tuah. Sehingga ke hari ini, kerajaan Malaysia, pakar sejarah berusaha merungkai sejarah Hang Tuah, di mana kuburnya? Siapa Hang Tuah? Ke mana perginya Taming Sari sebenarnya?

Sumpahnya telah berakhir pada abad ke-20 hingga ke-21 selepas buku ini dikeluarkan.

Kini, keris Taming Sari telahpun timbul. Maka, tamatlah polemik Hang Tuah. Kata-kata, “Takkan Melayu Hilang di Dunia” akan kembali bangkit. Kebangkitan Melayu dan agama Islam terus kukuh di bumi Melayu. Inilah kebenaran ilmu Islam sejati untuk menjadi seorang pemimpin dan kedaulatan kepimpinan.

Inilah Raja Perempuan wirawati Melayu yang dilupakan oleh negara. Sifat-sifat keberanian tidak boleh dibandingkan oleh wanita di abad ini. Selaku pewaris akhir dan pemegang amanah Hang Tuah, saya ingin memohon kepada pihak kerajaan agar menubuhkan Institusi Hang Tuah (SCWK) dan galeri (berpusat di Putrajaya) sebagai lambang kemegahan Melayu serta untuk dimanfaatkan ilmunya kepada generasi sekarang dan akan datang untuk melayari bahtera kehidupan di dunia ini.

Inilah ilmu yakin, ilmu tunggal peninggalan pusakanya. Ketinggian ilmunya, sumpahan dirinya tidak mahu lagi melihat pertumpahan darah, menyebabkan menghilangkan diri, bersuci untuk mencari kebenaran ilmu pewarisnya dapat meneruskan amanahnya.

Lambang cinta dan kasih sayang diabadikan atas Gunung Cinta Wangsa, iaitu cinta yang agong. Tanpa kasih sayang, bumi akan sakit, pertumpahan darah akan berlaku. Besar erti kasih sayang serta cinta rahsia Hang Tuah. – NasionalDaily. Tamat

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *