KOTA BHARU – Pas mungkin tidak bersama Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) ini susulan kecewa dengan pendirian parti itu yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pendirian rasmi yang dikeluarkan Parti Gerakan dalam isu itu sangat mengecewakan.
“Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh rakan kita dari Gerakan, (kemungkinan) pada PRU16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dengan mereka dalam satu ikatan politik,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.
Terdahulu media melaporkan, Parti Gerakan senada dengan DAP supaya syarikat berkaitan arak atau rokok tidak dihalang untuk memberi dana kepada sekolah aliran Cina.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau mendakwa, ini kerana sekolah aliran Cina selama ini tidak diberikan dana mencukupi oleh Kerajaan Pusat untuk beroperasi.
Beliau berkata, segala fasiliti dan kemudahan yang disifatkan terbaik yang dimiliki sekolah aliran Cina ketika ini adalah hasil sumbangan dana pihak luar bukan saja daripada syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252