Tajuk Utama
    Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan

    Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan

    JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri berhasrat melancarkan sekolah rintis Johor bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.

    Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasrat itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).

    Beliau berkata, langkah itu selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti.

    “Tumpuan khusus akan diberikan terhadap penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Bahasa Inggeris.

    “Sebagai permulaan, ia akan melibatkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang sedang ditentukan oleh pihak JPNJ,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

    Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu. – BERNAMA

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *