Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, mayat ditemui di Felda Gedangsa

Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, mayat ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang.

KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan seorang wanita Rabu minggu lalu terjawab apabila jasadnya ditemui di sebuah Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.

Nur Farah Kartini Abdullah dilaporkan hilang selepas menghantar kereta untuk disewa kepada pelanggan.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira jam 6 petang tadi, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi mengesahkan penemuan individu yang dilaporkan hilang itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada jam 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat, dia memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *