Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari

Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari

SHAH ALAM – Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.

Majistret Siti Zahirah Zaidon mengeluarkan perintah terhadap empat individu berkenaan selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Permohonan reman berkenaan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya berikutan tempoh asal reman semua suspek tamat hari ini.

Pada Rabu, pasangan suami isteri terbabit bersama dua lagi individu ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 20-an hingga 30-an itu ditahan antara jam 6.30 petang hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan sambungan tempoh reman berkenaan.

Sebelum ini, timbul tanda tanya berhubung dakwaan tular di media sosial mengenai pempengaruh yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.

Selain itu, mereka juga didakwa hidup dalam kemewahan sehingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber. – ND

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *