KUALA LUMPUR – Minetech Construction Sdn. Bhd. (MCSB) telah dianugerahkan Letter of Award (LOA) daripada VED Engineers Sdn. Bhd. (VED Engineers).
Anugerah LOA itu bagi melaksanakan pembinaan dan penyiapan jalan serta kerja perparitan untuk Bandar Perindustrian Banting iaitu sebahagian daripada Fasa 2D yang bernilai RM4.05 juta.
Anak syarikat Minetech Resources Bhd. itu akan melaksanakan kerja berkenaan di Lot 79116, Mukim Tanjung Duabelas, Daerah Kuala Langat, Selangor bermula pada 28 Jun lalu dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.
Pengerusi Eksekutif Minetech, Abang Abdillah Izzarim berkata, penganugerahan projek itu kepada Minetech menambah sokongan dalam pembangunan infrastruktur.
“Kontrak Bandar Perindustrian Banting bukan sekadar bukti kepakaran teguh kami dalam kejuruteraan awam, tetapi juga peningkatan strategik kepada kelebihan daya saing kami dalam industri.
“Kami komited untuk menyampaikan projek ini dengan standard kualiti dan kecekapan tertinggi, memastikan penciptaan nilai yang besar untuk kepentingan kami dan mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri,” katanya di sini, hari ini.
Pada jam 5 petang ini, harga saham Minetech ditutup pada RM0.145, mencerminkan permodalan pasaran RM258.8 juta. – NasionalDaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252