Harith mohon beri masa jelaskan krisis rumah tangga

Harith mohon beri masa jelaskan krisis rumah tangga

KUALA LUMPUR – “Kami akan buat kenyataan tak lama lagi.

Demikian perkongsian ringkas pelawak terkenal, Harith Iskander berkenaan tindakan isterinya, Dr. Jezamine Lim yang dipercayai memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, bulan lalu.

Berkongsi pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, Harith berkata, dia mohon berikan masa sebelum memberikan penjelasan.

“Terima kasih atas panggilan atau mesej. Saya mohon maaf atas lambat menjawab.

“Kami akan membuat kenyataan tidak lama lagi dan anda pasti menjadi orang pertama mengetahuinya.

“Terima kasih banyak atas kesabaran anda,” katanya kepada BH Online.

Pada 9 Julai lalu, BH Online melaporkan Dr. Jezamine dipercayai memfailkan cerai terhadap suaminya.

Ketika dihubungi, Dr. Jezamine tidak menafikannya dan mengesahkan memfailkan permohonan cerai terhadap Harith, bulan lalu.

“Betul, saya sudah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya.

Ketika diminta mengulas punca memfailkan cerai, Dr. Jezamine belum bersedia berkongsi mengenai masalah peribadinya.

“Saya tiada komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” katanya.

Harith dan Dr Jezamine, 41, mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Mengikut sumber, kes perceraian Dr Jezamine dan Harith bakal disebut di mahkamah, bulan ini. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *