Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari

KUALA LUMPUR – Enam status Ahli Parlimen Parti Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui dalam temooh 21 hari.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau telah menerima notis itu dari Parti Bersatu berhubung arahan untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen parti itu.

Bagaimanapun, katanya, keputusan itu akan diputuskan dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis tersebut.

“Saya baharu dapat surat dari Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee) pada Jumaat lalu dan mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkaji.

“InsyaAllah apabila saya sudah ada keputusan, saya akan jawab dan panggil anda semua untuk beritahu.

“Jadi tolong bersabar. InsyaAllah saya ada 21 hari untuk mengkajinya,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Seni Sempena Ulangtahun ke-55 Hubungan Diplomatik Malaysia-Romania, hari ini.

Pada Khamis lalu, Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat meminta agar enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.

Ronald yang juga Ketua Whip Bersatu berkata, Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.

Minggu lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa 19 Jun.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang hilang keanggotan Bersatu.

Selain Mohd Azizi, lima lagi adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) Dan Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *