KOTA BHARU – Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berlaku kekosongan luar jangka bermula hari ini.
Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian pada sidang media di sini hari ini, berkaitan dengan status ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, lapor Berita Harian.
Ia sekali gus merungkai perkembangan isu kerusi DUN berkenaan selepas Mohd Azizi, ADUN BERSATU yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini mengikrar sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd Amar sebelum ini memaklumkan pihaknya masih menunggu surat rasmi daripada BERSATU berhubung status ADUN Nenggiri itu. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252