Kehadiran Faisal dalam bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor

Kehadiran Faisal dalam bilik persalinan cetus emosi, inspirasi luar biasa pemain Selangor

PETALING JAYA – Kehadiran sosok tubuh yang agak berbeza dari sebelumnya, Faisal Halim dalam bilik persalinan mencetuskan emosi dan inspirasi luar biasa buat barisan pemain Selangor.

Pasukan itu menewaskan Negeri Sembilan 4-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Petaling Jaya, malam tadi.

Dua gol, masing-masing daripada Yohandry Orozco dan Avin Fortes, memberikan kemenangan mudah buat Selangor untuk mencongak perhitungan dengan Kuching City bagi penentuan ke separuh akhir hujung bulan ini, lapor AWANI.

Ketua jurulatih The Red Giants, Nidzam Jamil, dalam temu bual selepas perlawanan itu, berkata: “Sudah pasti, Faisal sudah sebulan tidak bersama kami, dia merupakan pecahan yang hilang buat kami.

“Apabila Faisal berada di sini untuk menyokong, dia juga datang ke bilik persalinan sebelum perlawanan, saya dan rakan-rakan sepasukannya mengharapkan dia akan dapat pulang dengan segera.

“Dia datang 30 minit sebelum sepak mula, tiada siapa sangka, saya juga tidak diberitahu dan agak terkejut

“Ia agak beremosi, kami dapat bergurau seperti biasa dan kami amat rindu untuk berbual dengannya. Saya amat gembira melihat perkembangannya,” kata Nidzam. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *