Euro 2024: Sepanyol langkah kanan, Croatia berduka

Euro 2024: Sepanyol benam Croatia 3-0

JUARA Piala Dunia 2010, Sepanyol memulakan kempen Euro 2024 dengan langkah kanan selepas selesa membenam Croatia 3-0 dalam perlawanan kumpulan B awal pagi tadi.

Anak-anak buah Luis de la Fuente hanya memerlukan 45 minit pertama sahaja untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka susulan tiada jaringan berlaku pada separuh masa kedua.

Ketua pasukan, Alvaro Morata, serta pemain sandaran, Febian Ruiz dan Dani Carvajal menjadi watak penting La Roja mendapatkan tiga mata penuh untuk menghuni tangga teratas kumpulan B.

Meskipun melakukan kesilapan ketika membuat hantaran, penjaga gol utama, Unai Simon, bangkit menyelamatkan sepakan penalti pasukan lawan hasil kekasaran yang dilakukan oleh pemain Manchester City, Rodri. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *