BERITA UTAMA
Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah

Anak Presiden AS, Hunter Biden didapati bersalah

HUNTER Biden, anak Presiden Amerika Ayarikat, Joe Biden didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api haram dan di bawah pengaruh dadah.

Keputusan juri, dicapai selepas kira-kira tiga jam berbincang, mengikuti perbicaraan selama seminggu di kampung halaman keluarga Biden di Wilmington, Delaware,

Hunter Biden dituduh membuat dua kenyataan palsu semasa mengisi borang untuk membeli pistol Colt pada Oktober 2018, yang mana, pertama menyatakan secara tidak benar mengenai menggunakan dadah dan kemudian mengisytiharkan kenyataan itu sebagai benar.

Pertuduhan ketiga mendakwa dia kemudiannya secara haram memiliki senjata itu selama 11 hari, ahli keluarganya membuang ke dalam tong sampah selepas panik.

Keputusan itu juga menjadikan Hunter anak pertama Presiden AS yang disabitkan dengan jenayah.

Kongres Demokrat menunjukkan kes pendakwaan Hunter sebagai bukti Biden tidak menggunakan pengaruh politik dan peribadi dalam sistem keadilan negara itu.

Pada 30 Mei lalu, Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama disabitkan bersalah.

Trump, disabitkan atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan untuk menutup skandal seks, menuduh Demokrat meneruskan kes itu dan tiga pendakwaan jenayah lain untuk menghalangnya daripada mendapatkan semula kuasa dalam pertembungan pilihan raya dengan Biden. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *