BERITA UTAMA
Dituduh atau bebas? Esok nasib ibu bapa Zayn Rayyan terjawab

Dituduh atau bebas? Nasib ibu bapa Zayn Rayyan terjawab esok

KUALA LUMPUR – Esok, adalah hari penentu kepada nasib ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan sama ada dibebaskan atau dituduh membunuh kanak-kanak autisme itu.

Kedua suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tambahan tamat esok.

Ismanira Abd. Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari ditahan pada 31 Mei lalu di Puncak Alam, Selangor sebelum direman tujuh hari sehingga 7 Jun dan disambung lagi enam hari lagi yang akan tamat esok.

Mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, majistret boleh mengeluarkan perintah reman yang keseluruhannya berjumlah 14 hari maksimum bagi kes pembunuhan.

Perkara ini dijelaskan peguam khusus dalam bidang jenayah, Amer Hamzah Arshad, yang mengulas mengenai tempoh reman bagi siasatan kes pembunuhan lain sebelum ini.

“Majistret boleh mengeluarkan perintah reman ke atas suspek dan tempoh reman itu tidak boleh lebih daripada tujuh hari bagi permohonan pertama, dan tidak lebih tujuh hari lagi bagi permohonan kedua.

“Sebelum tamatnya tempoh reman, pegawai penyiasat perlu melengkapkan siasatannya dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan selanjutnya.

“Sekiranya DPP berpuas hati ada kes, suspek akan didakwa di mahkamah. Sekiranya siasatan belum lengkap, dengan itu suspek perlu dibebaskan dengan jaminan. Jika tiada kes, suspek akan dibebaskan tanpa syarat,” kata peguam yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kes jenayah itu dalam laporan sebelum ini.

Ibu Zayn Rayyan dibawa polis ke Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini, untuk proses siasatan lanjut pada Isnin pagi.

Difahamkan, wanita itu dibawa ke kediaman keluarganya serta lokasi penemuan mayat anaknya pada 6 Disember lalu. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *