BERITA UTAMA
jalan kampung

Kisah Jalan Kampung Yang Dua-Hala Tanpa ‘Lay-Be’ Untuk Berselisih

Hari ini Pak Long hendak kongsi pengalaman menggunakan jalan kampung di sebuah bandar, ibu negeri sebuah kota ternama. Alhamdulillah keadaan kampung di pinggir bandar ini memang indah menawan sekali; udaranya yang bersih dan suasana kehijauan memang menyenangkan sekali. Seperti kebanyakan jalan-jalan kampung di Negeri Ternama, jalannya beraspal licin dan ia menjadi satu prasarana perhubungan yang penting untuk masyarakat, cuma… Cuma alangkah selesanya jika jalan-jalan kampung yang umumnya dua hala itu mempunyai ‘lay-bye’ untuk kenderaan berselisih.

Dari pengamatan Pak Long, jalan dua hala yang tidak dikawal keluar-masuknya  kekadang menyebabkan ia ‘tersumbat’. Keadaan ini berlaku, misalnya semasa ada kenduri kendara di kampung. Apabila ini terjadi, para pemandu yang ‘bertembung’ perlu bijaksana dalam mengurus masalah untuk berselisih. Ada yang mengalah dengan berundur@gostan untuk mencari tempat berselisih. Yang jelas semua pemandu mesti lebih berhati-hati supaya tidak ‘gostan’ ke dalam parit. Dalam keadaan begini, sikap pemandu yang bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri penting supaya keadaan itu dapat diselesai dengan baik dan lapang dada.

Pak Long teringat akan reka bentuk jalan ladang skim-skim pengairan Jabatan Pengairan dan Saliran. Umumnya dalam merekabentuk tata letak sistem pengairan, ‘lay-be’ jalan ladang menjadi kriteria yang penting. ‘Lay-bye’ disediakan setiap setengah kilometer supaya kenderaan – termasuk jentera ladang, dapat berselisih dengan selamat. Ya, Pak Long dulu berkhidmat dengan Jabatan ini dan Pak Long rasa ini satu solusi yang baik dan boleh digunapakai semasa membina jalan jalan kampung.

Ungkapan kunci pengalaman ini ialah pentingnya perhatian terhadap aspek perancangan dan reka bentuk sesuatu prasarana diberikan pertimbangan. Untuk tempoh jangka panjang, perhatian yang lebih sedikit atau ‘the extra mile’ dalam merancang dan rekabentuk dapat memberikan banyak manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.

NDKisahJalan KampungTanpa’Lay-Be’Untuk BerselisihEpi22/5Jun24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *