BERITA UTAMA

Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio

OHIO – Sekurang-kurangnya seorang maut dan 25 cedera dalam kejadian tembakan di Akron, Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Polis Akron pada Ahad berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan lewat tengah malam yang melaporkan kejadian itu berlaku di Kelly Street dan 8th Avenue.

Beberapa mangsa dengan kesan tembakan kemudian dibawa ke hospital berdekatan.

Menurut media tempatan, sepucuk senjata api dan beberapa kelongsong peluru turut ditemui di tempat kejadian.

Polis bagaimanapun masih belum memberikan sebarang maklumat mengenai mangsa atau suspek.

Datuk Bandar Akron, Shammas Malik dalam pada itu turut menggesa orang awam memberi sebarang maklumat berkaitan kejadian selain memaklumkan bahawa pihaknya akan terus berusaha dalam memastikan keganasan bersenjata dihentikan. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *