BERITA UTAMA

Dron Hezbollah sasar bandar di utara Israel

NAHARIYA – Serangan dron dilancarkan kumpulan pejuang Lubnan Hezbollah mengenai bandar pesisir pantai Nahariya di Israel pada Ahad.

Bagaimanapun, menurut IDF dan media tempatan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya menyebabkan kebakaran.

Siren serangan udara yang berbunyi menyebabkan kira-kira 75,000 penduduk bandar itu lari bergelimpangan mencari perlindungan.

Tentera Israel bagaimanapun mendakwa mereka bertindak balas sepanjang hari dengan menyerang sasaran Hezbollah yang dilakukan secara berterusan dari Lubnan di utara Israel.

Nahariya terletak kira-kira tujuh kilometer dari sempadan Lubnan.

IDF dalam satu kenyataan mendakwa, mereka cuba untuk memintas dron itu namun gagal.

Rakaman TV Reuters menunjukkan pasukan keselamatan Israel kemudian mengeluarkan satu objek dari kawasan kebakaran, yang berada di tepi jalan di bandar itu. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *