BERITA UTAMA

Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Ahli keluarga warganegara Malaysia yang meninggal dunia semasa ekspedisi pendakian di Mount Denali, Alaska, Amerika Syarikat (AS) telah pun dihubungi.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).

“Pihak Konsulat Jeneral Malaysia juga sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan usaha membawa turun jenazah dari kawasan pergunungan sedang giat dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca.

“Kementerian turut mengesahkan bahawa dua orang lagi pendaki warganegara Malaysia telah dimasukkan ke hospital dan sedang menerima rawatan,” kata Wisma Putra.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, tulis kenyataan itu lagi.

Mangsa, Zulkifli Yusuf, 37, disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai ‘football field’ pada ketinggian 19,700 kaki dari aras laut.

Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Zulkifli bersama seorang lagi mangsa, Zainudin Lot, terkandas di Gunung Denali sejak Selasa lepas.

Punca kematian Zulkifli disyaki akibat ‘high altitud cerebral edema’ dan ‘hyporthermia’ dan perkara itu akan disahkan melalui bedah siasat.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *