Lagi teruk jadi anjing gigit tangan tuannya – Dr. Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh membidas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Muhamad Jailani Khamis dengan menyatakan, lagi teruk menjadi anjing yang gigit tangan tuannya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Muhamad Jailani bahawa tindakan kembali menyertai UMNO umpama menolong ‘anjing yang tersepit’.

Kata Dr. Akmal, kalau tidak menjadi anjing yang menggigit tangan tuannya, sekurang-kurangnya individu berkenaan sebagai katak politik yang melompat untuk menjaga kepentingan diri sendiri.

“Lagi teruk jadi anjing yang gigit tangan tuannya, ataupun katak politik yang melompat untuk menjaga kepentingan diri sendiri.

“Kawan-kawan dalam parti lain, nasihat kami jaga-jagalah dengan orang sebegini. Tapi kalau nak juga, sila ambil, kami tak mahu,” katanya ringkas menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Selain mengumpamakan menolong ‘anjing yang tersepit’, ADUN Rembia yang digantung keahlian UMNO, turut menjelaskan tindakan kembali semula ke pangkuan parti itu jelas satu pengkhianatan yang pasti kepada bumiputera, Melayu kerana parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan agenda berkenaan.

“Memandangkan UMNO tidak lagi memperjuangkan perkara ini kecuali berlagak bahawa mereka masih mengambil berat.

“UMNO kini meletakkan jawatan survival dan keuntungan parti berbanding matlamat dan objektif asal parti iaitu mempertahankan hak orang Melayu dan bumiputera,” jelas Muhamad Jailani. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *