Angin kencang ‘alihkan’ pesawat di parkir

TEXAS – Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.

Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan angin selaju 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth dan kawasan sekitarnya.

American Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa pesawat yang berada di pakir landasan lapangan terbang terjejas akibat angin kencang.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana semua pesawat berkenaan dalam keadaan kosong.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pasukan penyelenggaraan American Airlines sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan akan membuat segala pembaikan yang diperlukan. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *