Ahli Parlimen Jepun tubuh kumpulan siasat UFO

TOKYO – Penggubal undang-undang Jepun semalam bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau UAP yang juga dikenali sebagai UFO.

Jiji Press melaporkan kumpulan Ahli Parlimen itu akan dipengerusikan oleh Yasukazu Hamada, ketua hal ehwal Parlimen Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah.

Bekas Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizumi, juga dari LDP akan bertindak sebagai setiausaha agung.

Kumpulan itu akan mengadakan mesyuarat agung penubuhannya pada 6 Jun selepas mesyuarat persediaan pada Selasa yang diadakan di badan legislatif Diet di Parlimen Jepun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Kerajaan Amerika Syarikat juga telah menubuhkan sebuah organisasi khusus dalam Jabatan Pertahanan untuk menyiasat UAP. – BERNAMA-JIJI PRESS

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *